Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pegawai kasino: Jho Low rugi AS$1.75 juta kalah judi di Las Vegas
Diterbitkan:  Mar 18, 2022 11:29 AM
Dikemaskini: 3:30 AM

Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, bertaruh hampir AS$87 juta di sebuah kasino di Las Vegas dan kerugian AS$26 juta.

Perkara ini didedahkan eksekutif di The Venetian Resort, Kirk Godby ketika memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng di mahkamah di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Godby, baccarat adalah permainan kegemaran Low dan dia dianggap sebagai tetamu “premium”.

Menurut laporan Bloomberg, Godby dalam keterangannya berkata Ng bersama-sama Jho Low berjudi pada November 2010 - satu-satunya kunjungan Ng ke resort itu.

Tempoh itu - iaitu antara 2009 hingga 2011 - dikategorikan sebagai “Fasa Good Star” oleh Jabatan Kehakiman AS. Ketika tempoh itu, AS$1 bilion didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Wang tersebut berakhir di akaun Good Star Limited di bank Switzerland. Syarikat itu ditubuhkan di Seychelles dan dimiliki Jho Low.

Menurut Godby lagi, Ng kalah AS$22,500 dalam permainan baccarat sementara Low, yang bermain di meja sama, mempertaruhkan sejumlah AS$4 juta.

Dalam sesi yang berjalan selama 90 minit, Low dikatakan kalah AS$1.75 juta.

Pada 2012 dan 2013, Ng dan bosnya ketika itu, Tim Leissner memainkan peranan penting dalam keputusan Goldman Sachs untuk mengatur penerbitan tiga bon 1MDB yang berjumlah AS$6.5 bilion yang dijamin kerajaan Malaysia.

Goldman Sachs dan Leissner telah membayar denda berjumlah besar atas peranan mereka.

Ng yang merupakan warga Malaysia adalah satu-satunya pekerja Goldman Sachs yang berdepan perbicaraan di AS.

Dia sebelum ini berkata tidak bersalah dan mendakwa Leissner yang paut bertanggungjawab terhadap hal itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS