Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 27,004 kes baru, 86 lagi korban
Diterbitkan:  Mar 18, 2022 8:37 AM
Dikemaskini: 12:37 AM

Sebanyak 27,004 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,927,437.

Ia menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 296,800 - penurunan sejak tujuh hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (7,558)

Kuala Lumpur (3,266)

Pulau Pinang (2,315)

Johor (1,990)

Kedah (1,916)

Negeri Sembilan (1,882)

Perak (1,561)

Sarawak (1,484)

Pahang (1,434)

Kelantan (863)

Sabah (769)

Terengganu (764)

Melaka (750)

Perlis (171)

Putrajaya (150)

Labuan (131)

Sebanyak 86 lagi kes kematian dilaporkan, dengan 35 kes mati ketika dibawa ke hospital (BID).

Sejak minggu lepas, purata 88.3 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 66.8, yang menunjukkan trend peningkatan.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 34,185 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 1,463 kes kematian telah dilaporkan pada bulan ini - dua kali ganda berbanding bulan lalu dan hampir tiga kali ganda berbanding Januari.

Malaysia menjadi negara dengan kes kematian per kapita tertinggi di Asia Tenggara dan Asia Timur, dengan 997 kes bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Kes kematian tertinggi semalam dilaporkan di Perak (16), disusuli dengan Selangor (14), Kedah (10), Melaka (8), Johor (7), Kelantan (6), Pulau Pinang (6), Sabah (6), Terengganu (6), Negeri Sembilan (4), Pahang (2) dan Kuala Lumpur (1).

Sebanyak 7,856 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital di mana 373 orang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam, penggunaan katil ICU bagi pesakit Covid-19 di Putrajaya adalah pada kadar 100 peratus dan 80 peratus di negeri lain.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS