Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ezam: Rafizi reformis sejati, mampu jadi kekuatan PKR
Diterbitkan:  Mar 17, 2022 4:24 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Bekas ketua pemuda PKR Ezam Mohd Nor berkata dia yakin Rafizi Ramli akan kembali berjuang bersama parti kerana naib presiden PKR itu merupakan “reformis sejati”.

Oleh itu katanya, pengumuman Rafizi untuk kembali aktif dalam politik harus dialu-alukan kerana bekas ahli parlimen Pandan itu mampu menjadi kekuatan kepada PKR.

“Saya yakin Rafizi akan kembali bersama reformasi. Dia memang true reformist dan dia telahpun mempamerkan ciri-ciri reform dan saya percaya dia akan kembali bersama kita dalam perjuangan reformasi.

“Dan kita mesti alu-alukan dan kita perlukan dia. Kita perlukan anak-anak muda, pemimpin-pemimpin muda seperti Rafizi untuk menjadi kekuatan kepada PKR,” katanya dalam satu klip video yang dimuat naik dalam Facebook.

Dalam klip video berkenaan Presiden (penaja) Parti Antikorupsi itu turut mengimbas semula kisah bagaimana dia yang ketika itu merupakan ketua pemuda PKR menarik masuk Rafizi dan seorang lagi bekas pimpinan parti Adlan Benan Omar ke dalam majlis pimpinan tertinggi parti, walaupun baru menamatkan pengajian di universiti.

Menurutnya, ia kerana dia dapat melihat potensi Rafizi dan Adlan untuk parti tersebut.

Pada Selasa, Rafizi mengumumkan akan kembali aktif dalam politik dan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pilihan raya parti akan datang.

Pengumuman itu dibuat setelah PKR dan Pakatan Harapan terus menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya negeri, terbaru di Johor, Sabtu lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS