Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azalina disahkan positif lepas buat ujian Covid-19 di Parlimen
Diterbitkan:  Mar 17, 2022 3:58 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

PARLIMEN | Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said disahkan positif Covid-19 ketika menjalankan ujian PCR rutin di Dewan Rakyat, hari ini.

Azalina memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan di Twitter hari ini.

"Azalina Othman Said, ahli parlimen Pengerang didapati positif Covid-19 hasil ujian PCR yang diterima sebenar tadi.

"Saya memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa yang berurusan dengan saya dalam tempoh 48 jam terdahulu dapat menjalani saringan Covid-19 yang sewajarnya," katanya dalam kenyataan.

Azalina berada di Dewan Rakyat ketika perbahasan sesi pagi hari ini.

Soalannya berhubung jumlah kematian dalam tahanan Jabatan Imigresen disenaraikan dalam aturan mesyuarat dan dijawab oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said ketika sesi pertanyaan menteri hari ini.

Semua ahli parlimen dan pegawai mereka yang hadir ke Parlimen perlu melakukan ujian Covid-19 setiap Isnin dan Rabu yang dijalankan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS