Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
26,534 kes baru, 95 lagi korban Covid-19
Diterbitkan:  Mar 16, 2022 8:26 AM
Dikemaskini: 12:26 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan 26,534 kes baru Covid-19 semalam.

Ini menjadikan jangkitan kumulatif kepada 3,872,135. Kes aktif kini 304,148.

Pihak berkuasa kesihatan juga merekodkan 95 kematian baru semalam, di mana 23 daripadanya meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital. Angka kematian berjumlah 33,994 orang.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (7,217)
Kuala Lumpur (2,892)
Kedah (2,391)
Pulau Pinang (2,324)
Johor (2,241)
Sarawak (1,867)
Negeri Sembilan (1,547)
Perak (1,296)
Kelantan (1,212)
Pahang (1,055)
Terengganu (826)
Melaka (635)
Sabah (591)
Perlis (186)
Putrajaya (183)
Labuan (71)

Kematiam semalam dilaporkan di Selangor (21), Johor (16), Perak (14), Kedah (10), Penang (8), Sabah (5), Malacca (4), Pahang (4), Perlis ( 4), Negeri Sembilan (3), Sarawak (3), Kelantan (2) dan Terengganu (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Purata 62 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu, berbanding purata tujuh hari sebanyak 87, menunjukkan aliran menaik.

Terdapat 1,245 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 771 kematian pada bulan lepas dan 491 kematian pada Januari.

Terdapat 8,213 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, di mana 376 berada di unit rawatan rapi.

Kadar kebolehjangkitan adalah pada 0.96, menunjukkan bahawa kes baru Covid-19 mungkin telah melepasi kemuncak dan wabak mula stabil.

Nilai R-naught mesti dikekalkan di bawah 1.0 untuk mengelakkan pertumbuhan eksponen jangkitan baru.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS