Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan akan teruskan rayuan terhadap keputusan kerakyatan anak dilahirkan luar negara
Diterbitkan:  Mar 15, 2022 5:10 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

PARLIMEN l Kerajaan tidak berhasrat setakat ini untuk menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kewarganegaraan automatik kepada kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing

Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yasin berkata mahkamah telah menetapkan pendengaran rayuan pada 23 Mac.

“Kes akan dibicarakan pada 23 Mac ini. Kita akan melihat dan selepas keputusan itu, kerajaan akan menentukan apa yang kita ingin buat seterusnya.

“Setakat ini, kita akan meneruskan rayuan,” kata Jonathan semasa menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), di Dewan Rakyat hari ini.

Dia sebelum ini dicelah oleh Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang mempersoalkan rasional di sebalik tindakan kerajaan itu, kerana katanya, kerajaan sebelum ini menyatakan akan mengambil pendirian berbeza.

Menurutnya, kerajaan juga boleh memutuskan untuk menarik balik rayuan berkenaan.

Namun, Jonathan mengulangi bahawa kes itu masih berjalan dan kedua-dua pihak dalam kes itu masih aktif.

“Kita tunggu sehingga 23 Mac dan perlu menghormati bidang kuasa mahkamah kerana ia adalah entiti yang berasingan dalam negara demokrasi.

"Mereka boleh membuat keputusan dan selepas itu kerajaan akan memutuskan apa yang perlu dilakukan," kata timbalan menteri itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS