Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dikecam netizen, TV AlHijrah tangguh program jemput 'Kak Long 7E'
Diterbitkan:  Mar 15, 2022 2:37 PM
Dikemaskini: 6:40 AM

Stesen TV Alhijrah mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod Program Trending menjemput tetamu seorang wanita yang dikenali dengan gelaran 'Kak Long 7E'.

Badan penyiaran itu berkata program berkenaan ditangguh selepas mengambil mengambil kira kegelisahan yang tercetus susulan kehadiran 'Kak Long 7E' di studio.

"Kehadiran 'Kak Long 7E' di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada 'Kak Long 7E' agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja is di mana-mana platform khususnya di media sosial.

"TV AlHijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Stesen itu turut mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Kak Long 7E menjadi tular di media sosial gara-gara kisah ‘amukan’ di sebuah kedai serbaneka 7 Eleven kerana cuba mempertahankan anak lelakinya yang dituduh mencuri.

Meskipun telah membuat permohonan maaf secara terbuka, ia masih tidak menghentikan kecaman warganet terhadap ‘amukan’ yang dilakukan olehnya.

Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS