Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kehilangan kanak-kanak 4 tahun kini diklasifikasi sebagai kes bunuh - Polis
Diterbitkan:  Mar 14, 2022 11:35 AM
Dikemaskini: 3:35 AM

Polis kini mengklasifikasikan kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie, sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah berkata berdasarkan siasatan terkini, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berbanding sebelum ini iaitu ia disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Dua suspek iaitu pasangan penjaga yang telah ditangkap akan terus direman untuk siasatan lanjut.

“Usaha pencarian kini diperluas dengan bantuan pasukan Marin Wilayah 5 Kuching serta bantuan jabatan bomba serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sekitar perairan sungai Muara Tebas dan kawasan sekitar,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuching, malam tadi (13 Mac).

Sebelum ini, Eric telah dilaporkan hilang dari sebuah rumah di kawasan perumahan Bintawa, di Kuching, pada 7 Mac lepas.

Sementara itu, Ashmon menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS