Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lepas hilang semua deposit, Pejuang kata logo kurang dikenali
Diterbitkan:  Mar 13, 2022 8:33 AM
Dikemaskini: 12:33 AM

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata kurangnya pendedahan logo partinya antara sebab kekalahan mereka di pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Dia juga berkata peratusan keluar mengundi yang rendah turut menjadi faktor, tetapi mengakui terdapat kelemahan di pihak Pejuang yang perlu diperbaiki.

“Kami parti yang didaftarkan tidak sampai tujuh bulan, logo kami tidak dikenali ramai,” katanya pada sidang media malam tadi.

Pejuang bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN. Mereka kehilangan wang deposit di semua kerusi yang mereka tandingi.

Malah Ketua Pejuang Johor Shaharuddin Md Salleh, yang merupakan timbalan menteri dari 2018 hingga awal 2020, kehilangan depositnya di Machap.

Sebaliknya, Muda - yang baru didaftarkan tiga bulan lalu - berjaya menyelamatkan deposit mereka di kesemua tujuh kerusi yang mereka tandingi.

Ini termasuk Larkin, di mana Muda tidak menerima sebarang bantuan daripada Pakatan Harapan (PH) kerana ia bertembung dengan PKR.

Peserta baru lain dalam pilihan raya negeri - Warisan dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang berpangkalan di Sabah - turut kehilangan wang deposit.

Pejuang - yang dipengerusikan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad - menggambarkan ia sebagai kuasa ketiga dan 'kingmaker'.

Ia enggan bekerjasama dengan parti pembangkang lain di Johor, keputusan yang dipertahankan Mukhriz semalam.

“Bertanding solo bukan satu kesilapan,” katanya.

Dia berkata walaupun tidak memenangi sebarang kerusi, Pejuang akan terus berkhidmat sebagai semak dan imbang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS