Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
26,250 kes baru, 77 lagi korban
Diterbitkan:  Mar 13, 2022 8:11 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Kementerian Kesihatan berkata 26,250 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,801,036.

Kes aktif kini berjumlah 323,785, meningkat 7.7 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (6,472)
Pulau Pinang (2,533)
Kuala Lumpur (2,399)
Johor (2,298)
Kedah (2,292)
Negeri Sembilan (1,786)
Perak (1,555)
Sarawak (1,427)
Pahang (1,424)
Kelantan (1,114)
Terengganu (881)
Sabah (796)
Melaka (766)
Perlis (191)
Putrajaya (191)
Labuan (125)

Sebanyak 77 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 23 daripadanya meninggal dunia di luar hospital.

Sepanjang minggu lalu, purata 78.1 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata selama 30 hari lalu ialah 54.8, menunjukkan kematian Covid-19 berada dalam aliran menaik.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 33,720 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 971 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 771 kematian pada bulan lepas dan 491 kematian pada Januari.

Negeri dengan kematian tertinggi ialah Pulau Pinang (12), diikuti Kelantan (11), Selangor (11), dan Kedah (9).

Terdapat 8,691 pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital di wad tidak kritikal manakala 367 lagi di unit rawatan rapi. Pesakit ini berjumlah 2.8 peratus daripada kes aktif.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS