Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
76 lagi kematian, 32,800 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Mar 12, 2022 7:50 AM
Dikemaskini: 11:51 PM

Sebanyak 32,800 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada 3,774,786.

Kes aktif kini berjumlah 322,701, meningkat 8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (9,120)

Kuala Lumpur (3,349)

Pulau Pinang (2,750)

Johor (2,566)

Kedah (2,508)

Pahang (2,006)

Negeri Sembilan (1,973)

Sarawak (1,745)

Kelantan (1,580)

Perak (1,494)

Sabah (1,176)

Terengganu (1,100)

Melaka (838)

Perlis (251)

Putrajaya (231)

Labuan (113)

Sebanyak 76 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 21 daripadanya berlaku di luar hospital atau bought in dead (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata 77 orang meninggal dunia setiap hari akibat Covid-19, manakala 52 orang meninggal dunia setiap hari dalam tempoh 30 hari.

Sejak wabak itu melanda pada Mac 2020, sebanyak 33,643 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara.

Sebanyak 894 kematian Covid-19 dilaporkan berlaku pada bulan ini berbanding 771 kematian pada bulan lepas dan 491 kematian pada Januari.

Malaysia mencatatkan kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 997 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia.

Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Kedah (15), diikuti Selangor (14), Perak (10), Johor (8), Negeri Sembilan (5), Sabah (5), Kuala Lumpur (4), Perlis (3), Pulau Pinang (3), Kelantan (2), Melaka (2), Pahang (2), Sarawak (2) dan Terengganu (1).

Sebanyak 8,858 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 380 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS