Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengawal keselamatan maut, seorang lagi cedera ditembak
Diterbitkan:  Mar 11, 2022 9:04 PM
Dikemaskini: 1:04 PM

Polis mengesahkan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat van membawa wang tunai maut ditembak manakala seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, dekat Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal keselamatan van yang membawa sejumlah wang tunai.

“Setakat ini, polis masih menyiasat sama ada mereka hendak mengambil wang dari bank atau mengeluarkan wang dari van untuk di bawa ke bank berkenaan.

“Suspek yang terlibat berjaya meloloskan diri,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun motif kejadian belum dikenal pasti.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS