Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua Wanita MCA positif Covid-19
Diterbitkan:  Mar 10, 2022 9:41 PM
Dikemaskini: 1:41 PM

Ketua sayap wanita MCA Heng Seai Kie kini menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19, kata sayap MCA itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata Heng kini berada dalam keadaan stabil, dan telah meminta naib pengerusi sayap wanita MCA Lim Nget Yoon untuk mengetuai aktiviti kempen di selatan Johor dari 9 Mac hingga 11 Mac.

Menurut kenyataan itu, Heng telah berkempen untuk calon BN bersama Lim dari 3 Mac hingga 6 Mac atas kapasitinya sebagai penyelaras pilihan raya BN bagi wilayah Johor utara, di kawasan Tangkak, Bekok, Jementah, Bentayan dan Mengkibol.

Sebagai langkah berjaga-jaga, dia menjalankan ujian diri RTK-Ag setiap hari.

“Semua keputusan menunjukkan negatif kecuali pada 8 Mac apabila dia mengalami gejala Covid-19 iaitu selsema dan sakit tekak. Dia kemudian segera menghentikan semua aktiviti,” katanya.

Aktiviti berkempen dalam pilihan raya Johor yang sedang berlangsung telah menyaksikan sejumlah calon dijangkiti Covid-19 dan perlu mengasingkan diri. Ramai wartawan yang membuat liputan kempen turut dijangkiti.

Sekurang-kurangnya empat calon telah diuji positif setakat ini, iaitu calon Penggaram BN Ter Hwa Kwong, calon PKR Bukit Batu Chiong Sen Sern, calon PKR Gambir Naim Jusri, dan calon DAP Pekan Nanas Yeo Tung Siong.

Warga Johor akan mengundi Sabtu ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS