Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bangkai Endurance ditemui di Antartika selepas karam 107 tahun
Diterbitkan:  Mar 10, 2022 4:26 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

GLOBAL l Pasukan ekspedisi kutub Afrika Selatan pada Rabu menemui Endurance, iaitu bangkai kapal penjelajah Inggeris-Ireland, Sir Ernest Shackleton, yang tenggelam di luar pantai Antartika pada 1915.

Pengarah pasukan ekspedisi kapal penyelidikan kutub Afrika Selatan SA Agulhas II, Mensun Bound menerusi satu kenyataan berkata mereka telah menemui Endurance yang terperangkap dalam ais, tetapi terpaksa meninggalkan bangkai kapal itu, lapor Agensi Anadolu.

Kapal itu tenggelam di Laut Weddell 107 tahun lalu.

Shackleton dan 28 anak kapalnya berjaya bertahan dalam situasi getir di kutub itu dan kembali ke negara mereka dengan selamat.

Bound berkata kapal itu dijumpai pada kedalaman kira-kira 3,000 meter (lebih 9,842 kaki), dengan keadaannya masih sempurna, menurut laporan itu.

"Ia adalah bangkai kapal kayu yang terpelihara dengan baik sekali yang pernah saya lihat," katanya. "Berdiri tegak di dasar laut, utuh, dan terpelihara".

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS