Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Salah lapor agaknya’ - Muhyiddin pertahan Hadi 

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mempertahankan kenyataan sekutunya Abdul Hadi Awang berkaitan “kurangnya kesedaran politik Islam di Johor”. 

Bercakap kepada pemberita di Muar pagi ini, Muhyiddin berkata kenyataan itu mungkin disalah petik atau disalah tafsir.

“Saya tak pasti apa yang dimaksudkan Mr Hadi. Dia rakan saya dalam PN. 

“Mungkin dia salah lapor agaknya,” kata bekas perdana menteri.

Hadi pada Isnin dilaporkan berkata kegagalan PAS di Johor kerana kurangnya kesedaran politik Islam di negeri itu berbanding Kelantan dan Terengganu, di mana PAS memimpin.

Kenyataan itu dibidas pemimpin Umno. 

Terbaru veteran Umno berkata rata-rata rakyat Johor diajar secara rasmi asas Islam daripada kanak-kanak dengan budaya sekolah agama.

Ketika ditemui dalam acara kementerian wanita di Muar, Muhyiddin berkata, setiap rakyat Melayu di Johor ada asas agama serta boleh menilai baik buruk dan halal haram sesuatu perkara.

“Di peringkat negeri Johor kita dah ada satu sistem penddikan Islam amat baik, malah dijadikan contoh negeri-negeri lain di Malaysia ini,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS