Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
449 mangsa banjir pindah ke PPS di S'gor, Johor, Melaka
Diterbitkan:  Mar 10, 2022 10:48 AM
Dikemaskini: 2:48 AM

Seramai 449 mangsa daripada 120 keluarga di Johor, Melaka dan Selangor dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir setakat 8 pagi ini.

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pada jam 8 pagi ini, yang dimuat naik di Facebook rasminya, 202 mangsa daripada 54 keluarga dipindahkan ke tiga PPS yang dibuka semalam di Kluang, Johor.

Tiga PPS di Kluang adalah Dewan Kolam Air, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kenchana dan SK Sungai Linau manakala di Melaka, ia melibatkan daerah Jasin dengan seramai 40 individu daripada 11 keluarga dipindahkan di PPS SK Parit Penghulu, yang dibuka Selasa (8 Mac).

Sementara itu, di Selangor, seramai 207 individu daripada 55 keluarga di daerah Kuala Langat dan Sepang, dipindahkan ke empat PPS yang beroperasi.

Kesemua PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Serdang, Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang dan SK Kota Warisan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS