Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kelab malam terlalu berisiko untuk dibuka - KJ
Diterbitkan:  Mar 9, 2022 6:01 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kelab malam adalah satu-satunya premis yang akan terus ditutup dan tidak dibenarkan beroperasi meskipun negara memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April ini.

Ini kerana, katanya, premis tersebut berisiko tinggi dalam menyebarkan virus Covid-19.

“Bulan April nanti hanya ada satu premis sahaja yang masih tidak boleh dibuka - kelab malam.

“Ia merupakan premis yang berisiko tinggi walaupun dalam peralihan endemik,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Kelab malam tidak dibenarkan beroperasi sejak awal penutupan pada Mac 2020.

Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April ini.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta meneliti syor daripada ‘menteri kuartet’.

Jelasnya, had waktu operasi bagi premis perniagaan turut dimansuhkan dan pemilik premis dibenar menjalankan waktu perniagaan mengikut syarat lesen masing-masing pada 1 April ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS