Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Takkan saya rosakkan Felda, legasi bapa saya

Bekas perdana menteri Najib Razak menyangkal tuduhan bahawa dia memusnahkan Felda semasa menerajui kerajaan.

Dua juga menegaskan dia tidak akan melakukan perkara sedemikian terhadap legasi bapanya.

Bercakap kepada media di Muar, Johor, hari ini, Najib mendakwa peneroka Felda mempunyai kehidupan yang lebih baik sepanjang kepimpinannya.

“Tak bolehlah tuduh saya rosakkan Felda.

"Sebab orang Felda sendiri tahu saya yang mewarisi dari Tun Razak, takkan saya nak merosakkan felda.

"Malah dalam zaman saya Felda lebih maju dan bantuan kebajikan mereka (peneroka) terbela lebih jauh lagi sewaktu saya menjaga Felda," katanya ketika berkempen sempena PRN Johor bersama calon MCA DUN Bentayan Gan Qi Ru.

Tun Razak Hussein

Anggota parlimen Pekan berkata demikian sebagai menjawab tuduhan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Najib menyebabkan banyak kerugian kepada Felda ketika memerintah.

Semasa era Najib dari 2009 hingga 2018, pengurusan Felda dicemari dengan dakwaan penyelewengan.

Pentadbirannya menyenaraikan aset Felda di Bursa Malaysia melalui penubuhan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV). Dana itu didakwa digunakan untuk pembelian hotel yang dipertikaian, projek pembangunan komersial dan pengambilan tanah.

Felda juga terpalit kontroversi dalam pembelian pegangan dalam Eagle High Plantations dengan harga yang dikatakan mahal. Eagle High Plantations ialah firma yang dikaitkan dengan taikun Indonesia Peter Sondakh, yang dilaporkan sebagai kawan rapat Najib.

Dakwaan salah urus itu dikatakan menyebabkan kejatuhan harga saham FGV, daripada lebih RM5 sesaham pada pertengahan 2012 kepada RM1.85 setakat Isnin lepas.

Peter Sondakh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS