Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dewan Rakyat benar usul tergempar bahas banjir kilat Lembah Klang

PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun membenarkan usul tergempar untuk membahaskan banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan di ibu negara pada hari ini.

Sidang parlimen akan membincangkan dan membahaskan usul tergempar yang dibawa oleh Fong Kui Lun (Harapan-Bukit Bintang) hari ini.

Ini selepas Azhar memutuskan usul itu memenuhi tiga kriteria yang diperlukan di bawah Fasal 18 (1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Saya sebagai yang dipertua, puas hati dengan perkara dibangkit penuh tiga syarat; pertama, perkara ini tertentu; kedua kepentingan ramai; ketiga ia berkendak disegerakan.

“Oleh kerana itu, saya benarkan usul untuk dirunding, usul akan dirunding jam satu tengahari ke 2.30 petang hari ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS