Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Guan Eng mahu saman fitnah naib presiden MCA, The Star
Diterbitkan:  Mar 9, 2022 12:14 PM
Dikemaskini: 4:14 AM

PRN JOHOR l Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata dia akan memulakan saman fitnah terhadap naib presiden MCA Tan Teik Cheng dan akbar harian berbahasa Inggeris, The Star.

Ini adalah berhubung surat yang disiarkan di The Star pada 7 Mac yang ditulis oleh Tan yang mendakwa Lim, sebagai menteri kewangan, telah menuntut SJKC Kuek Ho Yao menukar nama sebagai pertukaran dengan RM4 juta dana kerajaan.

https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2022/03/07/guan-engs-bullying-of-tar-uc-a-contributory-factor-to-pakatans-demise [surat]

"Ini adalah palsu dan tidak benar. RM4 juta telah diserahkan walaupun pembinaan belum dimulakan," kata Lim dalam satu kenyataan.

"Sebagai menteri kewangan, saya tidak pernah meletakkan syarat SJKC Kuek Ho Yao mesti menukar namanya untuk menerima peruntukan sebanyak RM4 juta."

Lim berkata bahawa Tan kemudian mengulangi dakwaan itu di Facebook semalam. Justeru, dia "tiada pilihan" selain mengambil tindakan undang-undang kerana "pembohongan" yang berulang mungkin diterima oleh orang ramai.

SJKC Kuek Ho Yao adalah sebuah sekolah baru di Johor Bharu yang ditubuhkan pada zaman pentadbiran BN. Ia dinamakan sempena mendiang Kuek, yang merupakan seorang dermawan.

Lim berkata semasa menjadi menteri kewangan, RM43 juta dana persekutuan diperuntukkan untuk tujuan pembinaan 26 sekolah rendah Cina - lebih banyak daripada apa yang diperuntukkan oleh MCA dalam mana-mana tempoh 22 bulan berturut-turut apabila ia menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

"Peruntukan sedemikian diberikan tanpa syarat oleh Kementerian Kewangan atas permohonan timbalan menteri pendidikan ketika itu Teo Nie Cheng," katanya.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Tan mendakwa dia tidak membuat sebarang pertuduhan ke atas Lim tetapi sebaliknya "menyoal" jika dakwaan itu benar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS