Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Calon DAP DUN Skudai positif Covid-19
Diterbitkan:  Mar 9, 2022 11:14 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

PRN JOHOR l Calon DAP bagi DUN Skudai Marina Ibrahim tidak dapat meneruskan kempen secara bersemuka selepas didapati positif Covid-19.

Katanya, perkara itu diketahuinya dua hari lepas dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Walaupun dengan cabaran ini, semangat saya untuk meneruskan kempen tidak luntur. Saya akan meneroka cara lain termasuk media sosial untuk berhubung dengan pengundi Skudai dalam tempoh kuarantin," katanya yang memaklumkan perkara itu di media sosial, hari ini.

Tambah Marina, dia berharap semua akan terus memberi sokongan kepadanya dan pasukan kempen sehingga hari pengundian nanti.

"Pasukan kempen saya akan meneruskan kempen walaupun dengan ketiadaan saya secara fizikal," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS