Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin bukan PM lagi - Mahkamah tolak rayuan Khairuddin

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Khairuddin Abu Hassan, penyokong tegar Dr Mahathir Mohamad, untuk memaksa Peguam Negara Idrus Harun menasihati Muhyiddin Yassin berundur sebagai perdana menteri.

Ini kerana Muhyiddin telah pun meletak jawatan pada 16 Ogos tahun lalu dan Perdana Menteri semasa Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan itu lima hari kemudian.

Panel tiga hakim yang bersidang hari ini yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Hanipah Farikullah sebulat suara memutuskan bahawa rayuan itu telah menjadi akademik.

Panel hakim lain ialah Hakim Azizah Nawawi dan Hakim Darryl Goon.

Rayuan itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 April tahun lalu yang menolak permohonan Khairuddin untuk mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman terhadap Idrus.

Khairuddin berhujah bahawa Idrus gagal menjalankan tugas perlembagaannya sebagai peguam negara untuk menasihati perdana menteri ketika itu Muhyiddin berundur, atas alasan presiden Bersatu itu didakwa kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen.

Khairuddin berhujah bahawa Idrus gagal menjalankan tugas perlembagaannya sebagai peguam negara untuk menasihati perdana menteri ketika itu Muhyiddin berundur, atas alasan presiden Bersatu itu didakwa kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen.

Khairuddin selaku pemohon berpendapat bahawa Muhyiddin tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli parlimen apabila Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari dengan tujuan menasihati Seri Paduka Baginda untuk menitahkan pengisytiharan darurat.

Idrus adalah sebahagian daripada rombongan yang mengiringi Muhyiddin ke Istana pada hari tersebut.

Khairuddin meminta perintah mandamus ke atas Idrus selaku responden untuk menasihati Muhyiddin menghadap Seri Paduka untuk meletakkan jawatannya selaku perdana menteri.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS