Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pusat jagaan dikosongkan akibat tanah runtuh lepas banjir kilat
Diterbitkan:  Mar 7, 2022 10:30 PM
Dikemaskini: 2:30 PM

Sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Kuala Lumpur terpaksa dikosongkan selepas selepas dimasuki banjir kilat yang melanda Lembah Klang petang ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat bertindak mengeluarkan 40 kanak-kanak dan guru selepas tanah runtuh berlaku di kawasan pusat terbabit.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga melaporkan tiga lagi kawasan turut terjejas ekoran tanah runtuh.

Kawasan tersebut adalah 1/127 Taman Gembira di Kuchai Lama, Seksyen 6 Wangsa Maju, dan Jalan Hang Tuah 4 di Salak Selatan.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporan. 

Sementara itu, pengguna Twitter @SikhInside memaklumkan pintu masuk Gurdwara Mainduab di Pudu tertutup akibat tanah runtuh yang berlku.

Akaun itu kemudian memaklumkan pegawai DBKL telah tiba untuk membantu membersihkan kawasan itu.

Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Lembah Klang hari ini, menenggelamkan kereta, menyebabkan gangguan tenaga elektrik serta penutupan terowong lebuh raya.

Ramai turut mengongsikan kemas kini berhubung kawasan yang terjejas di media sosial, serta memberi peringatan untuk orang ramai mengelakkan kawasan tersebut.

Malah ada juga video memaparkan individu memanjat keluar daripada kereta untuk mengelakkan terperangkap dalam arus banjir.

Antara kawasan yang terjejas adalah pusat bandaraya Kuala Lumpur, Pudu, Bukit Jalil, Kuchai Lama dan Sungai Buloh. 

Makluman turut dibuat berkenaan penutupan terowong Kuchai dan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS