Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rusia umum gencatan senjata pindahkan orang awam
Diterbitkan:  Mar 7, 2022 3:43 PM
Dikemaskini: 7:43 AM

GLOBAL | Rusia pada Isnin mengumumkan akan mengisytiharkan gencatan senjata di bandar Kyiv, Mariupol, Kharkiv dan Sumy di Ukraine mulai 10 pagi waktu tempatan (0700GMT) untuk memindahkan orang awam.

Konflik Rusia dengan Ukraine telah mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa menyaksikan Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat mengenakan pelbagai sekatan ekonomi ke atas Moscow, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekurang-kurangnya 364 orang awam terkorban manakala 759 lagi cedera sejak operasi ketenteraan dilancarkan pada 24 Feb.

Lebih 1.5 juta orang dilaporkan telah melarikan diri dari Ukraine.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS