Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Chin Tong ‘sebak hati' lihat ‘kawan’ Nur Jazlan ‘main politik kaum’
Diterbitkan:  Mar 7, 2022 3:42 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong menzahirkan rasa “terharu dan sebak hati” melihat “kawannya”, Nur Jazlan Mohamed terus bermain politik kaum.

Kenyataan itu dibuat selepas timbalan pengerusi Umno Johor itu berucap dalam rancangan dalam talian bertajuk "Cina DAP tipu Cina Johor" .

“Ingatkan Timbalan Pengerusi Umno Johor cerdik orangnya. Rupa-rupanya takat ni aje pemikiran dia.

“Asyik main politik kaum tak habis-habis. Sampai lupa dia pun separuh Cina juga. Terharu sebak hati,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Nur Jazlan, ketika dihubungi, sekadar memaklumkan kepada pengkritiknya untuk menonton siaran secara maya itu.

Bekas Ahli Parlimen Pulai itu sebelum ini turut menyerang pemimpin DAP kerana sentiasa kerana sentiasa bertukar kerusi yang ditandingi.

Bagaimanapun, Liew dalam maklum balasnya pada 2 Mac lalu berkata Nur Jazlan adalah seorang seorang “kawan” dan dia tidak ingin berkata “hal yang tidak baik” tentangnya.

Dia juga menegaskan apabila pemimpin DAP bertukar kawasan, mereka ke kawasan yang lebih berisiko demi membuka tapak politik yang baru.

“Sebagai pemimpin politik, ini adalah tentang khidmat dan juga kepimpinan - kami di sini untuk memimpin Johor selatan menuju masa depan,” katanya.

Liew memulakan kerjaya politiknya sebagai ahli parlimen Bukit Bendera di Pulau Pinang semasa pilihan raya umum 2008 tetapi kemudiannya berpindah ke Johor untuk menjadi ahli parlimen Kluang pada 2013.

Pada pilihan raya umum 2018, Liew mencabar presiden MCA Wee Ka Siong di kerusi bersebelahan Ayer Hitam tetapi tewas tipis.

Atas arahan partinya, dia kini bertanding di kerusi DUN Perling walaupun lebih suka bertanding di kerusi parlimen.

Kempen untuk pilihan raya Johor bermula pada 26 Feb. Rakyat Johor akan mengundi pada 12 Mac.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS