Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rusia isytihar gencatan senjata sementara untuk pindah orang awam Ukraine
Diterbitkan:  Mar 5, 2022 5:48 PM
Dikemaskini: 9:48 AM

Tentera Rusia akan melaksanakan gencatan senjata di Ukraine bermula 10 pagi waktu Moscow (0700 GMT) pada Sabtu bagi memudahkan pemindahan orang awam melalui koridor kemanusiaan, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Seperti yang dipersetujui oleh pihak Ukraine, koridor kemanusiaan akan membenarkan orang awam keluar dari Mariupol dan Volnovakha di selatan Ukraine, kata kementerian itu, tanpa mendedahkan tempoh gencatan senjata akan berkuatkusa.

Semasa rundingan damai pusingan kedua pada Khamis, perunding Rusia dan Ukraine bersetuju mengenai penubuhan koridor kemanusiaan untuk membolehkan orang awam berpindah dan melaksankan gencatan senjata sementara di sepanjang laluan pemindahan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS