Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan bekas pegawai 1MDB ketepi saman sivil AS$8 bilion ditolak

Bekas pengarah pelaburan 1MDB Kelvin Tan Kay Jin gagal mengetepikan tindakan sivil berjumlah AS$8 bilion (RM33.5 bilion) syarikat itu terhadapnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Tan untuk mengetepikan saman berhubung dakwaan penipuan dan penyelewengan dana 1MDB.

Dalam permohonannya, Tan antaranya berhujah yang dia bukan ahli lembaga pengarah syarikat itu dan kedudukannya terlalu rendah dalam organisasi untuk terlibat dalam mana-mana dakwaan salah laku.

Keputusan hari ini bermakna Tan kekal dalam senarai lapan defendan dalam saman sivil 1MDB.

Mahkamah juga mengarahkan Tan membayar RM10,000 sebagai ganti rugi kos kepada syarikat itu.

Ketika dihubungi, salah seorang peguam 1MDB mengesahkan pesuruhjaya kehakiman  Atan Mustaffa Yussof Ahmad menolak permohonan itu.

Menurut keputusan mahkamah hari ini, Atan memutuskan saman 1MDB terhadap Tan bukanlah saman yang sesuai diputuskan menerusi permohonan pembatalan.

Dia berkata isu sama ada wujud kaitan antara Tan dan kerugian kewangan 1MDB adalah perkara yang perlu melalui pendengaran penuh.

Dia berkata ia merujuk isu berkaitan, iaitu sama Tan, walaupun tidak menjadi ahli lembaga pengarah 1MDB, masih bertanggungjawab terhadap kerugian kerana syor dan reprentasi yang dibuatnya selaku pengarah pelaburan kepada lembaga pengarah.

“Majikan sentiasa boleh menyaman pekerja atas kesalahan yang dibuat sepanjang bekerja, yang menyebabkan kerugian kepada majikan,” katanya.

22 tindakan sivil

Ia antara 22 tindakan sivil yang dibuat 1MDB dan bekas subsidiarinya, SRC International tahun lalu, menyasarkan mereka yang didakwa membuat penipuan terhadap dua entiti itu, sama ada secara dalam pengetahuan atau tidak.

Najib disenaraikan sebagai defendan pertama.

Selain Tan, defendan lain adalah Terrence Geh Choh Heng (bekas timbalan ketua pegawai kewangan 1MDB), Jasmine Loo Ai Swan (bekas pegawai perundangan 1MDB), Casey Tang Keng Chee (bekas pengarah eksekutif 1MDB), Vincent Beng Huat Koh (bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB), Radhi Mohamad (bekas ketua pegawai kewangan 1MDB) dan Nik Faisal Ariff Kamil (bekas CEO SRC International).

[Baca berita asal]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS