Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Portal dijangka ambil alih pengambilan pekerja asing tak dapat diakses

Portal web yang dilaporkan akan menggantikan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) Bestinet Sdn Bhd tidak lagi boleh diakses hari ini.

Tidak jelas sama ada 3sMalaysia.com menghadapi masalah teknikal atau sedang diselenggara kerana paparan pada alamat web berkenaan menunjukkan "Error 522" yang menunjukkan pelayannya tidak boleh diakses.

Semalam, sumber industri mendedahkan bahawa 3sMalaysia.com akan menggantikan FWCMS.

Sumber industri berkata FWCMS tidak lagi diutamakan sebagai platform digital tunggal dalam hubungan Malaysia dengan Indonesia melalui Sistem Satu Saluran (OCS) untuk merekrut dan menempatkan pekerja pembantu rumah.

Dilaporkan bahawa portal 3sMalaysia.com memaparkan lambang Kementerian Sumber Manusia di bahagian atas setiap halaman dan memaparkan logo Kementerian Ketenagakerjaan Indonesia di bawah perkataan "rakan kongsi kami" di bahagian bawah web.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS