Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
25,854 kes baru, 78 lagi korban Covid-19
Diterbitkan:  Mar 2, 2022 8:31 AM
Dikemaskini: 12:31 AM

Sebanyak 25,854 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,468,590.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes aktif kini berjumlah 293,652, meningkat 44.9 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes harian Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (5,969)

Kedah (2,801)

Pulau Pinang (2,377)

Sabah (2,158)

Negeri Sembilan (1,808)

Johor (1,767)

Kuala Lumpur (1,751)

Kelantan (1,518)

Perak (1,288)

Pahang (1,269)

Sarawak (1,248)

Terengganu (727)

Melaka (507)

Perlis (300)

Labuan (230)

Putrajaya (136)

Sebanyak 78 lagi kematian dilaporkan semalam, di mana 34 kematian berlaku di luar hospital atau 'brought in dead'.

Ini adalah jumlah tertinggi sejak 28 Okt 2021, apabila sebanyak 95 kematian dilaporkan.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 992 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia.

Sepanjang minggu lalu, purata 56.3 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 29 kematian berlaku dalam tempoh 30 hari lalu yang menunjukkan trend kenaikan.

Sejak wabak ini melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 32,827 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara.

Negeri yang mencatatkan kematian tertinggi ialah Johor iaitu sebanyak 21 kes diikuti Kedah (15), Selangor (13), Perak (9), Sabah (6), Pulau Pinang (5), Kelantan (2), Melaka (2) , Terengganu (2), Negeri Sembilan (1), Pahang (1) dan Kuala Lumpur (1), .

Seramai 7,542 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 374 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS