Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mayat mangsa banjir keempat di Kelantan ditemui

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dilihat terjatuh di kawasan banjir dua hari lepas ditemukan lemas di belakang sebuah kedai di Kampung Jejuluk dekat Rantau Panjang, di Kelantan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata mayat Ahmad Faizal Zulkefli, 26, ditemukan pada pukul 3.30 petang, selepas pencarian dilakukan oleh Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan serta anggota Balai Polis Rantau Panjang.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk tindakan lanjut dan penemuan itu sudah dimaklumkan kepada keluarga si mati," katanya.

Beliau berkata kejadian terbaru itu merupakan kes kedua melibatkan kehilangan nyawa akibat bencana banjir di Pasir Mas dan yang keempat bagi negeri Kelantan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS