Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
30,000 ‘mata dan telinga’ NGO pantau kenaikan harga barangan
Diterbitkan:  Mar 1, 2022 1:44 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (Kupekmas) memeterai satu perjanjian persefahaman (MoU) bagi membantu kerajaan memantau kenaikan harga barang keperluan harian.

MoU itu juga bertujuan supaya kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan terhadap kartel-kartel yang didakwa bersengkongkol dengan pihak kilang dan pembekal yang menyebabkan kenaikan harga barangan.

“Perjanjian ini dibuat bagi semua ahli-ahli dari dua pertubuhan NGO ini, seramai 30,000 dapat menjadi mata dan telinga untuk kerajaan terhadap kenaikan harga barang keperluan.

“Dengan jumlah ahli yang ramai, maka untuk mendapatkan makluman amatlah mudah bagi PPMM mengambil tindakan terhadap peniaga yang tamak untuk mengaut keuntungan yang melampau,” menurut kenyataan bersama itu.

MoU yang dimeterai itu dilakukan sempena perjumpaan pemimpin bersama ahli kedua-dua NGO itu di Alor Setar, Kedah semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS