Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Di Sebalik Pintu Besi' lagu terakhir dari banduan akhir di Singapura

Banduan akhir dari Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman mungkin menulis lagu terakhirnya dari penjara Changi Singapura ketika nasibnya kini bergantung antara penjara seumur hidup atau hukuman mati.

Sebagai penulis lirik, lagu terbaru berjudul 'Di Sebalik Pintu Besi' itu bertujuan memberikan harapan kepada banduan akhir yang lain dan agar mereka percaya bahawa masih ada sinar menanti mereka ketika dikurung bersendirian.

Selepas melalui semua saluran perundangan untuk merayu hukuman, rakyat Malaysia itu kini menanti penuh debar untuk mengemukakan rayuan kepada Presiden Singapura,Halimah Yacob.

Bercakap pada sidang media Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN) hari ini, adiknya Angelia Pranthanman, 27, berkata rayuan pengampunan itu adalah peringkat paling menakutkan kerana ia merupakan peluang terakhir untuk menyelamatkan nyawa atau berdepan hukuman mati.

Lirik lagu Pannir sebelum ini bertajuk ‘Arah Tuju’ yang didendangkan artis Malaysia, Santesh Kumar dan diterbitkan oleh NGO Sebaran Kasih pada April 2021.

Perubahan untuk kebaikan

Bercakap kepada Malaysiakini, Angelia berkata mereka masih mencari penaja untuk penerbitan lagu ‘Di Sebalik Pintu Besi’, dan sudah menetapkan tarikh lagu itu disiarkan di ruang udara Malaysia pada penghujung Mac.

"Apa yang unik tentang lagu itu ialah ia akan menampilkan DJ Dave, Kidd Santhe dan Pastor Prince Jon untuk merapatkan perjuangan antara generasi yang melalui kesakitan dan kesunyian menanti hukuman mati dengan ruang untuk diberikan harapan," jelasnya.

Merupakan anak bongsu dalam keluarga daripada enam beradik, Angelia, 27, berkata dia sedang menguruskan penerbitan lagu itu untuk abangnya, yang menghubunginya setiap Ahad.

“Sudah dua tahun sejak kali terakhir saya melihatnya akibat sekatan perjalanan.

“Keluarga banduan Malaysia terpaksa mengemukakan banyak permohonan untuk membuat panggilan telefon dan juga permohonan untuk panggilan yang lebih kerap dan lebih lama.

“Ketika mendengar suaranya, saya tahu semangatnya kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun, tetapi ada juga kebimbangan dan kesedihan yang mendalam yang dia cuba untuk tidak tunjukkan kepada kami,” kongsinya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS