Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
LANGSUNG: Pertembungan tiga gabungan bermula di Johor
Diterbitkan:  Feb 26, 2022 12:42 PM
Dikemaskini: 5:03 AM

LANGSUNG | Hari penamaan calon bagi PRN Johor akhirnya tiba.

Kempen akan terus bermula sebaik saja proses penamaan calon selesai dan setiap calon diumumkan SPR pagi ini.

Malaysiakini akan membawa laporan secara langsung proses penamaan calon hari ini.



Pertembungan tiga gabungan bermula di Johor

12.45 tengah hari: Tamat liputan langsung Malaysiakini pada hari penamaan calon PRN Johor 2022.

Kempen secara rasmi bermula bagi meraih sokongan rakyat Johor yang akan membuat pilihan mereka pada 12 Mac ini.

PRN Johor bakal menjadi ujian litmus bagi perubahan landskap politik Malaysia.

Selama lebih dua dekad, negara menyaksikan bagaimana sistem dua gabungan berkembang - mencapai kemuncak dengan berakhirnya pemerintahan BN sejak sekian lama pada PRU14.

Namun kerajaan PH hanya mengambil alih buat tempoh masa yang singkat. Selepas tumbang pada 2020, konfigurasi politik baru menerusi tiga gabungan utama mula membentuk.

Umno dan BN, dalam usaha meneruskan momentum kemenangan dalam PRN Melaka pada November lalu menuju PRU15, membubarkan sidang DUN Johor pada 22 Januari lalu.

Ia berhasrat mendapat majoriti secara sendiri agar dapat menyingkirkan Perikatan Nasional (PN) daripada pentadbiran negeri.

Tidak berpuas hati dengan tindakan BN itu, PN kini menumpukan usaha untuk menjejaskan Umno di kawasan tradisinya. Gabungan ini berhasrat menjadikan pembubaran DUN sebagai satu kesilapan yang mahal buat BN.

Sementara itu, PH masih cuba mencari tapaknya semula selepas siri kekalahan pilihan raya yang dicetuskan kekecewaan pengundi.

Pembangkang kekal tidak bersatu, dengan beberapa pemain lagi dalam PRN kali ini, iaitu Muda, Pejuang dan Warisan.


12.30 tengah hari: Berikut adalah senarai calon yang sah bertanding di beberapa kerusi DUN utama dalam PRN kali ini:

Hasni Mohammad (BN) - pnyandang MB

Isa Ab Hamid Bersatu Haniff (PN)

Ghazali Hosman (PKR)

Iskandar Noor Ibrahim (Pejuang)

Simpang Jeram

Mahaizal Mahmor (Pejuang)

Salahuddin Ayub (PH) - timbalan presiden Amanah

Zarul Salleh (PN)

Lokman Md Don (BN)

Perling

Koo Shiaw Lee (PN)

Liew Chin Tong (PH) - pengerusi DAP Johor

Tan Hiang Kee (BN)

Yong Peng

Ling Tian Soon (BN) - setiausaha penaja MCA

Alan Tee Boon Tsong (PH)

Susan Yong Fui Ling (PN)

Machap

R Sangaran (Muda)

Onn Hafiz Ghazi (BN)

Azlisham Azahar (PN)

Shahruddin Md Salleh (Pejuang) - ketua Pejuang Johor


Puad Zarkashi bertanding di Rengit

12 tengah hari: Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Puad Zarkashi disahkan bertanding di DUN Rengit.

Puad yang dilihat sebagai penyokong kuat bekas perdana menteri Najib Razak akan berdepan tiga lagi calon lain, dari PN, PKR dan Pejuang.

Berikut adalah calon bagi DUN Rengit:

Mohammad Huzair Lajis (PN)

Mohd Puad Zarkashi (BN)

NIzam Bashir Abdul Kariem Bashir (Pejuang)

Khairuddin A Rahim (PKR)

Puad adalah ahli Parlimen Batu Pahat sejak 2008 hingga 2013. Rengit adalah salah satu kerusi DUN dalam kawasan Parlimen itu.



Kempen bermula, PKR, Muda sedia bertembung di Larkin

11.50 pagi: Di Larkin, calon dari PKR dan Muda sedia untuk bertembung dengan kempen secara rasmi bermula, selepas tamatnya penamaan calon pagi ini.

Calon PKR Dr Zamil Najwah Arbain berkaa, dia sedia menangani isu-isu yang belum selesai, termasuk yang memberi kesan kepada golongan muda.

"Saya ada tanggungjawab besar untuk dipenuhi dan saya sedia untuk menyahut cabaran ini.

"Ada banyak isu termasuk yang memberi kesan kepada anak muda, seperti peluang pekerjaan," katanya yang bertanding di Tanjung Surat pada PRU14, juga di bawah PKR.

Sementara itu, calon Muda Rasid Abu Bakar berkata tumpuannya kekal untuk membangkitkan isu di Larkin.

"Pengundi boleh pilih calon yang mereka mahukan. Kita perlu tikar pemikiran daripada politik kepartian kepada politik khidmat.

"Itu lebih penting berbanding hanya beri tumpuan kepada parti," katanya.

Selain PKR dan Muda, turut merebut kerusi DUN itu adalah calon daripada PN, BN, Pejuang dan seorang calon bebas.


11.30 pagi: Taman Pelangi Indah, Puteri Wangsa - Timbalan OCPD Johor Bahru Selatan, Lim Jit Huey menggesa semua parti politik, kakitangan media dan orang awam agar sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Ia susulan insiden seorang wartawan yang dikenakan kompaun RM1,000 pagi ini.

"Sesiapa yang gagal ikut SOP, polis tak akan ragu-ragu untuk ambil tindakan," katanya.

Terdahulu, wartawan Sin Chew Daily, Wang Kian Yong, dikenakan kompaun RM1,000 selepas pihak berkuasa mendakwanya gagal menjaga penjarakan fizikal ketika membuat liputan proses penamaan calon Larkin.

Sementara itu, Lim berkata seramai 365 anggota polis dikerahkan di empat pusat penamaan calon di Johor Bahru Selatan, iaitu di Puteri Wangsa, Larkin, Stulang dan Perling.

Dia berkata proses penamaan calon berjalan lancar di keempat-empat pusat tersebut.


11.40 pagi: Dewan Bukit Gambir, Gambir - Naim Jusri, yang sepatutnya menjadi calon PKR bagi DUN Gambir, didapati positif Covid-19 sebaik tiba di pusat penamaan calon.

Bagaimanapun Naim masih dibenarkan menghantar borang pencalonannya selepas diasingkan. Pencalonannya kemudian diserahkan oleh pencadangnya.

Pencalonannya diterima dan namanya tetap akan tertera di kertas undi. Namun dia tidak akan menyertai pengumuman calon nanti.

Calon bagi DUN Gambir adalah:

Shah Rihan Ghani (BN)

Mohd Solihan Badri (PN)

Na'im Jusri (PKR)

Suraya Sulaiman (Pejuang)

Penyandang DUN ini adalah Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, yang tidak bertanding dalam PRN kali ini.

Naim Jusri



Bekas MB Johor dalam pertembungan 4 penjuru di Bukit Kepong

11.05 pagi: Bukit Kepong menjadi satu lagi DUN yang akan direbut empat calon, termasuk bekas menteri besar yang mewakili PN, Dr Sahruddin Jamal.

Ketika ditanya berkenaan kemungkinan kembali ke jawatan itu jika menang, Sahruddin berkata dia menyerahkan keputusan itu kepada pimpinan Bersatu.

Dia juga menegaskan hanya anggota biasa parti.

"Saya hanya ahli parti. Saya akan pastikan parti saya, PN, menang PRN terlebih dulu," katanya kepada pemberita.

Sahruddin sebelum ini menjadi menteri besar Johor selama 10 bulan - dari April 2019 sehingga runtuhnya kerajaan PH pada Februari 2020.

Calon-calon bagi DUN Bukit Kepong

Drama di Tiram, 6 penjuru di Puteri Wangsa

10.50 pagi: Tercetus drama politik di Tiram apabila J Khangkar, pembantu Naib Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Steven Chong, meletakkan jawatan untuk bertanding sebagai calon bebas.

PBM telah pun meletakkan Azmi Ali di DUN tersebut.

Setiausaha Agung PBM Hizwan Ahmad menegaskan Shangkar bukan anggota PBM dan mendakwanya hanya mencari publisiti.

"Kecuali dia buktikan yang dia ahli PBM, saya anggap ini usaha mengambil kesempatan untuk mendapat publisiti dan populariti daripada PBM," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Choong yang sebelum ini keluar PKR sah bertanding di Puteri Wangsa. Calon di DUN itu adalah:

Adzrin Adam (Bebas)

Ng Yew Aik (BN)

Khairil Anwar Ghazali (Pejuang)

Loh Kah Yong (PN)

Steven Choong (PBM)

Amira Aisya Abd Aziz (Muda)

Bercakap dengan pemberita selepas pencalonan, Choong mengesahkan tindakan pembantunya itu.

"Dia bersama saya dalam PKR, bersama saya sebelum PRU14 - empat tahun. Dia juga sebelum ini ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang," katanya.

Mengakui shangkar kecewa kerana tidak dicalonkan, Choong berkata pembantunya itu perlu berdepan akibat tidak patuh kepada keputusan parti.

"Jika anda tidak patuh, anda tidak layak untuk jadi anggota parti kami," katanya lagi.


10.40 pagi: Larkin bakal menjadi rebutan enam calon, termasuk PKR dan Muda yang bakal bertembung.

SPR mengesahkan kerusi DUN itu bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru.

Calon-calon adalah:

Hairi Md Shah (Umno)

Zulkifli Bujang (PN)

Zamil Najwah Arbain (PKR)

Rasid Abu Bakar (Muda)

Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Pejuang)

Norramadan Buan (bebas)

Sementara itu, di Layang-layang, Maszlee Malik yang dikhabarkan sebagai calon menteri besar akan berdepan tiga calon lain.

Calon-calon di DUN Layang-layang adalah:

Mutalif Rahim (BN)

Maszlee Malik (PKR)

Alagathiran Krishnan (PN)

Ahmad Shafiq Othaman (Pejuang)


Pertembungan 4 penjuru di Bukit Batu

10.30 pagi: Dewan Taman Putri, Bukit Batu - SPR secara rasminya mengesahkan pertembungan empat penjuru di DUN Bukit Batu.

Ia bukan hal yang mengejutkan memandangkan keempat-empat calon telah diumumkan parti masing-masing sebelum ini.

Calon bagi DUN ini adalah:

Lee Ming Wen (Warisan)

Tan Heng Choon (PN)

S Spayyah (BN)

Chiong Sen Sern (PKR)


Proses penamaan calon tamat

10 pagi: Proses penamaan calon ditutup secara rasminya di semua kerusi DUN di Johor.

SPR kini sedang meneliti borang yang dihantar oleh semua calon.

Calon rasmi bagi setiap kerusi dijangka akan diumumkan dalam tempoh sejam.


9.50 pagi: Dewan Taman Putri, Bukit Batu - Calon PKR Chiong Sen Sern, yang berdepan sejumlah protes kerana baru sahaja menyertai parti itu, berjanji akan melakukan yang terbaik dan merangka dasar yang baik untuk DUN Bukit Batu jika menang.

Chong sebelum ini menganggotai MCA dan hanya menyertai PKR pada 2019.

Ditanya jika rasa tidak senang akar umbi berkenaan sejarahnya dengan MCA akan menjejaskan peluangnya, Chong berkata apa yang penting sekarang adalah usaha mengangkat suara rakyat dan pemulihan ekonomi.

“Apa yang berlaku pada masa lalu tidak lagi penting,” katanya.

Chiong Sen Wern

Selamat: Tukar calon saat akhir perkara ‘biasa’

9.40 pagi: Dewan Dataran Sarang Buaya, Sungai Balang - Calon Umno bagi DUN Sungai Balang, Selamat Takim berkata pertukaran saat akhir adalah “biasa”.

Selamat, 57, menggantikan Mohd Helmi Abdul Latif yang sebelum ini diumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding di situ.

“Soal pertukaran adalah biasa dalam proses rundingan di peringkat kepimpinan tertinggi parti dalam menentukan calon yang terbaik. Tiada soal penolakan,” katanya.

Selamat berkata hubungannya dengan Mohd Helmi masih baik dan Mohd Helmi juga menerima keputusan kepimpinan.


Wartawan kena kompaun RM1,000

9.20 pagi: Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR), Larkin - Seorang wartawan Sin Chew Daily, Wang Kian Yong, dikenakan kompaun RM1,000 selepas pihak berkuasa mendakwanya gagal menjaga penjarakan fizikal ketika membuat liputan proses penamaan calon di sini.

“Saya dekati seorang calon bebas untuk minta maklumatnya ketika pihak berkuasa kesihatan keluarkan kompaun kepada saya.

“Saya minta tak bolehkah lepaskan saya dengan amaran tetapi mereka kata sudah tiga amaran diberi,” kata Wang.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran kepada dua wartawan daripada portal Malaysia Gazette.


‘Perang proksi’ antara MCA, DAP di Yong Peng

9.00 pagi: SMK Dato Seth, Yong Peng - Calon MCA Ling Tian Soon tiba di pusat penamaan calon.

Ini merupakan kali kedua Ling bertanding di Yong Peng setelah tewas di tangan Chew Peck Choo daripada DAP dengan perbezaan 5,089 undi pada 2018.

Calon DAP Alan Tee Boon Tsong juga telah tiba.

Tee adalah setiausaha politik Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, sementara Ling adalah setiausaha politik Presiden MCA Wee Ka Siong, yang juga pengerusi MCA Johor.

Justeru, pertembungan MCA dan DAP di Yong Peng boleh dilihat sebagai ‘perang proksi’ antara Liew dan wee, setelah pertembungan mereka di kerusi Parlimen Ayer Hitam pada PRU 2018.

Ketika itu, Wee menang dengan majoriti tipis, iaitu 303 undi.

Yong Peng adalah satu daripada dua DUN di bawah Parlimen Ayer Hitam.

Tee menyifatkan pertembungannya dengan Li sebagai 'satu lagi perang Ayer Hitam dengan skala lebih kecil'

"Yong Peng adalah kerusi panas untuk MCA dan juga DAP.

"Jika PH mahu menang di Johor, kita perlu menang di Yong Peng," kata Tee.

Calon MCA, Ling Tian Soon (tengah)


9.05 pagi: Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam (Layang Layang) - N27 Layang-Layang hampir pasti menyaksikan sekurang-kurangnya pertembungan empat penjuru, dengan calon BN Mutalip Abd Rahim tiba di pusat penamaan calon.

Terdahulu, calon lain yang tiba adalah Maszlee Malik (PKR), Ahmaf Shafiq Othaman (Pejuang) dan Alagathiran Krishnan (PN).

Warisan dan Muda berkata mereka tiada hasrat untuk bertanding di DUN tersebut, sementara tiada calon Bebas yang muncul setakat ini.


Penamaan calon bermula di Simpang Renggam

9 pagi: Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam (Layang Layang) - Pegawai SPR Abdul Hakim Abd Manap mengumumkan proses penamaan calon kini bermula dan akan berakhir pada pukul 10 pagi.

Calon PN Alagathiran Krishnan tiba di pusat bersama-sama penyokong dan pencadangnya.

Pegawai SPR kemudian membenarkan calon PKR Maszlee Malik, yang paling awal tiba, untuk memasuki pusat penamaan.

Dia kemudian diikuti calon Pejuang Ahmad Shafiq Othaman.

Alagathiran Krishnan

Proses biasa buat MP Tebrau

8.50 pagi: Dewan Raya Taman Pelangi Indah, Puteri Wangsa - Bagi ahli politik veteran seperti Steven Chong, proses penamaan calon adalah “perkara biasa” buatnya.

“Seperti biasa. Kita akan kerja keras untuk menang,” kata ahli Parlimen Tebrau itu.

Bekas ahli PKR itu mewakili parti baru, Parti Bangsa Malaysia (PBM). Dia hadir berkemeja ungu, yang merupakan warna rasmi parti itu.

Terdahulu, calon PN Loh Kah Yong dan calon Pejuang Khairil Anwar Razali telah tiba di pusat penamaan calon lebih awal.

Ketua MCA Tebrau Ng Yew Aik menjadi calon terakhir yang tiba.

Memakai baju BN, Ng menyifatkan dirinya sebagai pemimpin yang selama berdekad bekerja keras di Tebrau.

DUN Puteri Wangsa dijangka menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya lima penjuru.




Calon Umno di Sungai Balang ditukar saat akhir

8.40 pagi: Dewan Dataran Sarang Buaya, Sungai Balang - Calon BN Selamat Takim paling awal tiba di pusat penamaan calon, mengesahkan pertukaran calon yang dibuat saat akhir.

Selamat, 57, dikatakan akan menggantikan Mohd Helmi Abdul Latif yang sebelum ini diumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding di situ.

Namun, Mohd Helmi ditukar tidak sampai 24 jam selepas bantahan ahli akar umbi di Sungai Balang, dengan sepanduk dinaikkan yang menyifatkannya sebagai “orang luar”.

Selamat, yang berbaju Melayu biru BN, adalah setiausaha Umno Muar.



Gerakan pertama kali bertanding di Yong Peng

8.30 pagi: SMK Dato Seth, Yong Peng - Calon Gerakan Susan Yong Fui Ling tiba di pusat penamaan calon.

Yong, 53, adalah ketua Wanita Gerakan Johor dan ini kali pertama dia bertanding dalam pilihan raya.

Dia sudah bersama parti itu selama 16 tahun dan turut menguruskan sebuah NGO kebajikan.

Gerakan tidak pernah bertanding di Yong Peng ketika parti itu bersama BN.


Maszlee tiba berbaju Melayu

8.30 pagi: Dewan Muafakat, Simpang Renggam (Layang Layang) - Calon PKR bagi N27 Layang-Layang, Maszlee Malik paling awal tiba di pusat penamaan calon di sini.

Lengkap berpakaian Baju Melayu Teluk Belanga, yang merupakan pakaian tradisi Johor, Maszlee diiringi pencadang Siti Norhayati Ahmad Sekak dan penyokong B Prasanan.

SU Agung Muda teruja pertama kali sertai pilihan raya.

Maszlee Malik



8.10 pagi: Dewan Raya Taman Pelangi Indah, Puteri Wangsa - Setiausaha Agung Muda Amira Aisya adalah calon terawal yang tiba di pusat penamaan calon.

Amira berkata dia berdebar kerana ini kali pertama dia dan Muda menyertai pilihan raya.

“Saya juga teruja dengan pencalonan saya dan Muda bagi N41 Puteri Wangsa,” kata wanita berusia 27 tahun itu.

Anak jati Johor itu diiringi pencadang Amirul Aziz Abd Aziz dan penyokong Yogesh Rajagopal.

Amira Aisya




Pegawai PBT turunkan bendera PH

8.10 pagi: SMK Dato Seth, Yong Peng - Pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat menurunkan bendera PH kerana ia dipasang terlalu dekat dengan pusat penamaan calon.

Ia dipasang kira-kira 50 meter daripada pusat itu.

Namun mereka tidak menurunkan bendera PH dan BN yang dipasang lebih jauh daripada kawasan itu.


Pusat penamaan calon dibuka 9 pagi

8.00 pagi: Pusat penamaan calon akan dibuka secara rasmi pada 9 pagi.

Sama seperti PRN Melaka November lalu, orang ramai dilarang berhimpun di luar pusat penamaan bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Calon hanya dibenarkan membawa pencadang dan penyokong ke pusat penamaan.

SPR akan menyemak calon bagi memastikan mereka tidak disabitkan atas jenayah yang membawa hukuman sekurang-kurangnya setahun penjara atau denda lebih RM2,000, serta tidak diisytihar muflis.

Alamat MyKad mereka juga perlu dalam negeri tempat bertanding - peraturan yang hanya terpakai untuk kerusi DUN.

 [Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS