Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pejuang ganti calon Endau kerana positif Covid-19

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini memutuskan untuk menggantikan calonnya yang sebelum ini diumumkan untuk bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Zaini Tahar, selepas beliau disahkan positif Covid-19.

Ketua penerangan parti Ulya Aqamah Husamudin dalam kenyataan hari ini berkata tempat Zaini diambil alih oleh Mohd Noorhisyam Ibrahim.

“Dukacita dimaklumkan calon N32 (Endau) yang diumumkan semalam didapati positif Covid-19 iaitu Zaini Tahar. Beliau juga tidak hadir dalam Majlis Pengumuman Calon semalam di Muar.

“Oleh itu pimpinan Parti Pejuang menetapkan untuk menukar calon bagi kerusi itu kepada Mohd Noorhisyam Ibrahim,” katanya.

Semalam Pejuang mengumumkan 42 calon mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac depan.

Esok adalah hari penamaan calon bagi PRN Johor.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS