Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KATA MP | Hentikan serangan dan provokasi di Ukraine

Amanah menolak serangan Rusia ke atas Ukraine yang bermula semalam. Ia akan mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan dan kemusnahan harta benda yang amat merugikan. 

Sebarang alasan yang diberikan oleh Russia, tidak membolehkan untuk melakukan serangan ketenteraan terhadap mana mana negara lain sebagaimana yang berlaku dalam serangan Amerika Syarikat dan Nato terhadap Iraq dan Afghanistan pada tahun 2001 dan 2003 dahulu.

Ia telah menjadi sejarah bahawa peperangan akan membawa kesan buruk pada skala yang besar dan mengambil masa berdekad-dekad untuk kembali memulihkannya. 

Sehingga ke hari ini walaupun peperangan telah berlalu hampir 20 tahun, tentera AS masih kekal di Iraq walaupun ditolak oleh kerajaan Iraq. 

Begitu juga dengan pendudukan tentera AS di Syria masih kekal walaupun ditolak oleh rakyat dan kerajaan Syria.

Oleh itu, bagi menghentikan konflik di Ukraine, kita mendesak dihentikan segera sebarang provokasi dari kedua dua belah pihak sama ada Nato dan Rusia di rantau tersebut. 

Semua pihak perlu ke meja rundingan agar konflik ini dapat dihentikan dengan segera.


MOHAMAD SABU ialah presiden Amanah merangkap ahli parlimen Kota Raja.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS