Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Gempa bumi landa Sumatera, gegaran turut dirasai Malaysia
Diterbitkan:  Feb 25, 2022 10:18 AM
Dikemaskini: 12:42 PM

Gegaran dirasai di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri di pantai barat Semenanjung hari ini setelah gempa bumi berlaku di Sumatera Barat, Indonesia.

Jabatan Meteorologi Indonesia melaporkan gempa sekuat 6.2 magnitud itu dikesan dekat Bukit Tinggi pada jam 8.39 pagi waktu tempatan (9.39 pagi waktu Malaysia).

Jabatan itu bagaimanapun berkata tiada risiko berlaku tsunami.

#Gempa Mag:6.2, 25-Feb-22 08:39:29 WIB, Lok:0.15 LU,99.98 BT (17 km TimurLaut PASAMANBARAT-SUMBAR), Kedlmn:10 Km, tdk berpotensi tsunami #BMKG pic.twitter.com/9QhVcI4I93— BMKG (@infoBMKG) February 25, 2022

Menurut Jabatan Mereologi Malaysia, selain Lembah Klang, gegaran turut dirasai di Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Beberapa bangunan tinggi dilaporkan dikosongkan - termasuk Ibu Pejabat Bernama di Kuala Lumpur - ketika gempa itu melanda.

Media Indonesia melaporkan bangunan di kawasan Sumatera Barat mengalami kerosakan akibat gempa bumi itu.

Sementara itu Reuters yang memetik pegawai kerajaan setempat di Indosia melaporkan, sekurang-kurangnya dua orang meninggal dunia setakat ini.

Petang ini pula jabatan pengurusan bencana Indonesia menyatakan sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 85 lagi cedera akibat bencana tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS