Paling Popular
Terkini

PRN JOHOR | Perikatan Nasional mengharapkan senator Bersatu untuk mencabar penyandang Menteri Besar Johor Hasni Mohammad, yang dicadangkan BN meneruskan teraju mentadbir kerajaan jika menang dalam pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan Isa Ab Hamid, senator Bersatu mewakili Johor akan bertanding di Benut yang dimenangi Hasni dengan majoriti selesa 4,447 undi pada pilihan raya umum lalu.

Dia antara 56 calon yang diletakkan PN terdiri 33 daripada Bersatu, 15 daripada PAS dan lapan daripada Gerakan.

Seorang lagi calon terkenal ialah Chong Fat Full, yang pada pilihan raya umum lalu memenangi kerusi DUN Pemanis atas tiket PKR tetapi berpaling tadah kepada Bersatu selepas Langkah Sheraton yang menyaksikan keruntuhan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan dan beberapa pentadbiran negeri.

Chong akan diturunkan di Tangkak.

Secara keseluruhan, hanya enam, atau 11 peratus calon PN ialah wanita.

Gabungan itu tidak menyediakan keanggotaan parti bagi semua calon tetapi berkata Bersatu meletakkan calon campuran Melayu dan bukan Melayu manakala PAS mempunyai seorang calon bukan Islam.

Muhyiddin berkata PN akan mengumumkan calon menteri besar mereka dalam masa terdekat. Mereka juga merancang untuk mendedahkan manifesto mereka pada 1 Mac.

Ketika berucap pada majlis di Pulai, Muhyiddin menggesa ahli parti supaya merapatkan barisan di sekeliling calon pilihan mereka.

Dia juga memberi komitmen kepada semua calon untuk melakukan ikrar antirasuah sebagaimana dalam PRN Melaka.

Sebanyak 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri 12 Mac depan. Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb.

Senarai penuh 56 calon PN adalah seperti berikut:

  • N01 Buloh Kasap - Norazman Md Diah

  • N02 Jementah - Maimunah Safwah Binti Musa

  • N03 Pemanis - Uzzair Ismail

  • N04 Kemelah - Normala Binti Sudirman

  • N05 Tenang - Ahmad Humaizi Udin @ Uzir

  • N06 Bekok - Tan Lek Khang

  • N07 Bukit Kepong - Sahruddin Jamal

  • N08 Bukit Pasir - Muhd Nur Iqbal Abd Razak

  • N09 Gambir - Mohd Solihan Badri

  • N10 Tangkak - Chong Fat Full

  • N11 Serom - Rahmat Daud

  • N12 Bentayan - Tan Kok Hong

  • N13 Simpang Jeram - Zarul Salleh

  • N14 Bukit Naning - Mahadzir Abu Said

  • N15 Maharani - Abd Aziz Talib

  • N16 Sungai Balang - Zainudin Sayuti

  • N17 Semerah - Ariss Samsudin

  • N18 Sri Medan - Othman Kepol

  • N19 Yong Peng - Yong Fui Ling

  • N20 Semarang - Shazani Hamid

  • N21 Parit Yaani - Ahmad Nawfal Mahfodz

  • N22 Parit Raja - Zulkifli Mat Daud

  • N23 Penggaram - Sia Wee Yet

  • N24 Senggarang - Khairul Faizi Ahmad Kamil

  • N25 Rengit - Mohammad Huzair Lajis

  • N26 Machap - Azlisham Azahar

  • N27 Layang-Layang - K Alagathiran

  • N28 Mengkibol - Wong Chan Giap

  • N29 Mahkota - Mohamad Nor Lingan

  • N30 Paloh - V Selvendran

  • N31 Kahang - Daud Yusof

  • N32 Endau - Alwiyah Talib

  • N33 Tenggaroh - Roslan Nikmat

  • N34 Panti - Hasan Rasid

  • N35 Pasir Raja - Jawahir Husein

  • N36 Sediili - Mohd Hasnolhadi Mohd Sebalas

  • N37 Johor Lama - Mohamad Alias Rasman

  • N38 Penawar - Mohd Faizal Asmar

  • N39 Tanjung Surat - Selamat Ujud

  • N40 Tiram - Karim Deraman

  • N41 Puteri Wangsa - Loh Kah Yong

  • N42 Johor Jaya - Ker Ching Sheng

  • N43 Permas - Tazul Arifin Nasri

  • N44 Larkin - Zulkifli Bujang

  • N45 Stulang - Yap Chiang Youis

  • N46 Perling - Khoo Siaw Lee

  • N47 Kempas - Nur Faizal Abdullah

  • N48 Skudai - Khoo Kong Ek

  • N49 Kota Iskandar - Samsudin Ismail

  • N50 Bukit Permai - Tosrin Jarvanthi

  • N51 Bukit Batu - Tan Heng Choon

  • N52 Senai - Yeo Kwee Kwang

  • N53 Benut - Isa Ab Hamid

  • N54 Pulai Sebatang - Abdullah Husin

  • N55 Pekan Nanas - Tan Chin Hock

  • N56 Kukup - Mahathir Iskandar Muhammad


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS