PRN JOHOR | Anak kepada bekas menteri besar Johor, Osman Sapian, Nornekman Osman, dan bekas calon DAP bagi kerusi parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim, merupakan antara 42 calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang bercadang bertanding dalam PRN kali ini.
Pejuang yang mendedahkan senarai calon mereka di Muar petang tadi, berkata Mahdzir akan bertanding di Semerah manakala Nornekman akan bertanding di Kempas, bekas kerusi bapanya.
Calon terkenal lain ialah Pengerusi Pejuang Johor Shahruddin Md Salleh yang akan bertanding di Machap. Dia juga merupakan Ahli Parlimen Sri Gading dan penyandang Adun Bukit Pasir.
Bukit Pasir dianggap berada dalam lingkungan pengaruh Muhyiddin Yassin, yang merupakan presiden Bersatu. Pejuang ialah parti serpihan Bersatu.
Muhyiddin ialah ahli parlimen Pagoh, di mana Bukit Pasir menjadi salah satu kerusi DUN di bawah kawasan pilihan raya persekutuan.
Sementara itu, Pejuang juga akan menurunkan Zaini Abu Bakar di Kota Iskandar. Dia sebelum ini ialah Adun bagi kerusi itu dari 2013 hingga 2018 di bawah Umno.
Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir mengulangi pendirian partinya akan bertanding secara solo pada pilihan raya Johor 12 Mac depan.
"Ini tawaran kami, sememang kita fikir panjang, sekira diberi mandat oleh rakyat, akan kita tubuh sebuah kerajaan negeri yang boleh laksanakan segala yang kita senaraikan dalam deklarasi Johor sebagaimana yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir.
"Kami yakin daripada jumlah (calon), sekiranya ramai boleh menang, kita boleh lantik exco yang mempunyai pengalaman yang padan dengan tanggungjawab yang mereka pikul," katanya.
Mukhriz berkata Pejuang tidak berhasrat membantu sebarang parti lain di kawasan yang tidak ditandinginya.
Berikut senarai lengkap 42 orang calon Pejuang:
N01 Buloh Kasap: Mohd Hanafi Ahmad
N03 Pemanis: Dr Azita Amrin
N04 Kemelah: Norizan Sahardin
N05 Tenang: Mohd Fauzi Bachok
N07 Bukit Kepong: Md Taib Md Suhut
N08 Bukit Pasir: Mohd Akhiri Mahmood
N09 Gambir: Suraya Sulaiman
N10 Tangkak: Muhammad Airel Zabridin
N11 Serom: Abdul Azim Abdul Malek
N13 Simpang Jeram: Mahaizal Mahmor
N14 Bukit Naning: Datuk Ibrahim Shafe’e
N15 Maharani: Riad Ahmad
N16 Sungai Balang: Intan Nadira Shafika Mustafa Kamal @ Mohd Najib
N17 Semera: Mahdzir Ibrahim
N18 Sri Medan: Mohd Firdaus Abdul Malek
N20 Semarang: Adzlan Raju
N21 Parit Yaani: Mohd Ridhauddin Mohd Tahir
N22 Parit Raja: Abdul Lateef Mahrani
N24 Senggarang: Zalihah Jaffar
N25 Rengit: Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir
N26 Machap: Datuk Dr Sharuddin Md Salleh
N27 Layang Layang : Ahmad Shafiq Othman
N30 Paloh: Aminuddin Johari
N31 Kahang: Rosdi Amir
N32 Endau: Zaini Tahar
N33 Tenggaroh: Mohd Firdaus Abd Rahman
N34 Panti: Ahmade Mohd Din
N35 Pasir Raja: Mohd Yusri Yusof
N36 Sedili: Tariq Ismail Mustafa
N37 Johor Lama: Mohd Shukor Ahmad
N38 Penawar: Rahmatullah Kamilin
N39 Tanjung Surat: Samat Atan
N40 Tiram: Datuk Abdul Aziz Harun
N41 Puteri Wangsa: Dr Khairil Anwar Razali
N43 Permas: Mahaya Ahad
N44 Larkin: Mohamad Riadz Mohamad Hashim
N47 Kempas : Nornekman Osman
N49 Kota Iskandar: Dr Zaini Abu Bakar
N50 Bukit Permai: Mokhtar Abdul Wahab
N53 Benut: Iskandar Noor Ibrahim
N54 Pulai Sebatang: Abd Rashid Abd Hadi
N56 Kukup: Zamzam Hashim