Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kelab Shah Alam Selangor hentikan jualan arak
Diterbitkan:  Feb 24, 2022 11:41 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Kelab Shah Alam Selangor telah mengeluarkan notis berhubung larangan penjualan dan pengambilan alkohol di premisnya, yang berkuat kuasa pada 12 Feb.

"Sila maklum berkuat kuasa serta-merta bahawa tiada minuman keras atau alkohol akan dihidangkan di semua premis kelab; ahli dan tetamu tidak dibenarkan membawa minuman keras atau alkohol mereka sendiri ke premis kelab," menurut notis bertarikh 12 Feb yang dikeluarkan jawatankuasa agungnya. 

Portal berita FMT memetik seorang kakitangan pentadbiran berkata bahawa "pengharaman arak itu dikuatkuasakan sebagai mematuhi arahan daripada pejabat setiausaha kerajaan negeri Selangor".

Sebelum dilantik sebagai setiausaha kerajaan negeri pada Nov 2021, Haris Kasim adalah pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari 2015 hingga 2019 sebelum dilantik sebagai datuk bandar Shah Alam.

Seorang ahli kanan berkata beberapa ahli kelab itu mahu ketetapan baru itu dibatalkan kerana keahlian kelab itu terdiri daripada rakyat Malaysia pelbagai  kaum dan agama.

"Kenapa pihak pengurusan tidak boleh mempertimbangkan untuk mengurangkan had jam (operasi) untuk memastikan bar dibuka?

“Seperti sekarang, kami hanya dibenarkan minum di tingkat atas. Hanya pendekkan masa untuk menunjukkan ini adalah kelab untuk semua dan bukan sahaja mereka yang tidak minum arak.

“Kami berharap keputusan itu akan dipertimbangkan semula,” kata ahli kelab itu yang enggan namanya didedahkan.

Pada Dis 2021, Kelab Desa Ayer Keroh melarang penjualan arak di premis kelab selepas mendapat arahan daripada kerajaan negeri Melaka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS