Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemantau p’raya dapati 60 salah laku, penyelewengan pada PRN S'wak
Diterbitkan:  Feb 23, 2022 4:02 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Sebanyak 60 penyelewengan dan salah laku pilihan raya didakwa dilakukan oleh parti-parti politik, termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya Sarawak pada 18 Disember tahun lalu.

Ini menurut laporan oleh badan pemantau reformasi pilihan raya Bersih dan kebangkitan usaha sosial rakyat (Rose), yang mendakwa 37 daripada 60 salah laku dan penyelewengan itu dilakukan oleh gabungan pparti pemerintah GPS, manakala satu oleh Pakatan Harapan dan empat oleh calon bebas.

Kumpulan itu juga menyatakan SPR dan pihak berkuasa lain melakukan 16 salah laku dan penyelewengan. Ia adalah isu berkaitan daftar pemilih dan hari pengundian (12 kes), salah laku pada hari pengundian (empat kes) dan pegawai yang memihak (tiga kes).

“Antara kes salah laku yang dicatatkan oleh pemerhati ialah ketua menteri sementara Abang Johari Openg dan juga calon GPS di kerusi Gedong mengumumkan beberapa projek di sekitar kawasan DUN Gedong semasa berkempen,” katanya Bersih dan Rose dalam satu kenyataan bersama.

Ini termasuk pengumuman menaik taraf Gedong menjadi sebuah daerah dengan beberapa projek infrastruktur.

“Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang di bawah Pejabat Ketua Menteri digunakan untuk tujuan berkempen bagi parti politik kerajaan sementara dalam media termasuk media sosial.

“Perbuatan seperti ini menyalahgunakan sumber kerajaan negeri untuk berkempen,” kata mereka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS