Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ringgit dibuka kukuh ketika konflik Rusia-Ukraine meruncing

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu ketika ketegangan geopolitik antara Rusia dan Ukraine terus meruncing yang membuktikan ketidaktentuan pada masa ini dan meningkatkan tekanan terutamanya ke atas pasaran tukaran asing dan komoditi.

Pada 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.1815/1845 berbanding dolar AS daripada 4.1845/1855 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kaitan ringgit-dolar AS berkemungkinan mencecah jajaran kecil sekitar RM4.18 hari ini ketika peniaga terus meneliti jangkaan kenaikan kadar faedah.

“Bank-bank dunia pula berkemungkinan meneliti semula pendirian masing-masing susulan senario semasa membabitkan risiko geopolitik di Eropah Timur,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.6355/6384 daripada 3.6444/6456 semalam namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1087/1112 daripada 3.1065/1077.

Unit tempatan tersebut turut rendah berbanding pound Britain kepada 5.6852/6892 daripada 5.6826/6839 pada Selasa dan susut berbanding euro kepada 4.7389/7423 daripada 4.7373/7384, sebelum ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS