Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM tahan pengarah syarikat bantu siasatan beri suapan RM2 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pengarah syarikat untuk membantu siasatan kes memberi suapan sebanyak RM2 juta pada 2016 dan 2017.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 3.10 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Dia berkata lelaki itu dipercayai memberi suapan kepada pegawai dan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai dorongan membantu syarikatnya mendapatkan kerja-kerja pembinaan jalan kereta api serta pembangunan pelabuhan di Wilayah Songkhla, Thailand.

"Pihak kami telah melakukan tindakan menggeledah pejabat dan rumah lelaki itu dan membuat pengesanan saksi yang terlibat serta merakam kenyataannya bagi mendapatkan maklumat berkaitan saksi yang terlibat," katanya.

Sumber itu turut memaklumkan bahawa permohonan reman terhadap lelaki tersebut akan dibuat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS