Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Lori terperangkap akibat jambatan runtuh, pemandu cedera ringan

Seorang pemandu lori muatan surat khabar berhadapan detik cemas selepas kenderaan dipandunya teperangkap dalam kejadian jambatan runtuh di Jalan Bentong-Raub Lama berhadapan sebuah tokong Cina dekat Kuantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata kejadian pada kira-kira pukul tiga pagi itu mengakibatkan pemandu lori Chia Kein Bong, 30, mengalami kecederaan ringan, dan dia telah dibawa ke hospital Bentong untuk rawatan.

Dia berkata kejadian dipercayai berlaku berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan sekitar 11.30 malam kelmarin sehingga awal pagi semalam.

"Susulan insiden berkenaan, laluan di kedua-dua arah telah ditutup dan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan," katanya menerusi kenyataan semalam.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Raub menerusi catatan di Facebook memaklumkan laluan berkenaan ditutup bermula semalam sehingga diberitahu kelak.

Justeru pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi papan tanda arahan disediakan, dan jalan alternatif yang boleh digunakan adalah laluan utama Persekutuan FT008,Bentong-Raub dan FT34,Central Spine Road.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS