Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak usul Najib tangguh kes saman sivil AS$1.18b SRC

Prosiding saman sivil AS$1.18 bilion SRC International ke atas Najib Razak masih akan diteruskan meskipun rayuan kes jenayah SRC bekas perdana menteri itu masih belum selesai di mahkamah persekutuan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini menolak permohonan Najib untuk menangguhkan saman itu.

Najib, yang juga adalah bekas menjadi menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC, memohon penangguhan atas alasan rayuannya di mahkamah persekutuan, untuk membatalkan sabitan jenayah dan hukumannya dalam kes rasuah SRC RM42 juta, masih berterusan.

Semasa prosiding Mahkamah Tinggi dalam talian, Hakim Ahmad Fairuz Zainal Abidin berkata Najib tidak akan diprejudiskan jika saman SRC itu diteruskan bersama kes rayuan jenayah yang belum selesai di mahkamah persekutuan.

“Adalah pandangan mahkamah ini bahawa keputusan rayuan dan permohonan di mahkamah persekutuan adalah spekulatif semata-mata pada ketika ini.

“Namun, apa pun keputusan (rayuan) di mahkamah persekutuan tidak menghalang defendan (Najib) daripada membuat sebarang pindaan kepada pengakuannya, tertakluk kepada permohonan yang perlu dibuat.

"Pendedahan pernyataan pembelaan (terhadap saman sivil SRC) tidak akan menjejaskan defendan (Najib)," kata Fairuz.

Menurutnya, perbicaraan penuh saman sivil itu sendiri belum ditetapkan untuk dimulakan serta-merta, dan pengurusan kes tuntutan mahkamah mesti diteruskan untuk memastikan kemajuan yang cekap dalam kes tersebut

Hakim kemudian memerintahkan Najib memfailkan pernyataan pembelaannya berhubung saman itu sebelum pada 31 Mac. Dia juga menetapkan Khamis ini untuk pengurusan kes saman tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS