Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kematian remaja: KKM belum terima laporan forensik, patologi

Kementerian Kesihatan (KKM) masih belum menerima laporan penuh forensik dan patologi berhubung kematian remaja berumur 13 tahun yang didakwa meninggal dunia selepas 18 hari menerima vaksinasi Covid-19.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di akaun Twitter berkata ketika ini Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sedang bekerjasama rapat dengan pasukan klinisian dan forensik dalam siasatan itu.

“Saya masih belum menerima laporan penuh forensik dan patologi,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata KKM merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa serta anggota keluarga remaja itu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitternya turut menyampaikan ucapan takziah kepada ibu bapa remaja itu dan meminta Dr Noor Hisham mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu secepat mungkin.

Sebelum ini media melaporkan bahawa ibu bapa remaja itu telah meminta supaya satu siasatan dijalankan bagi mencari punca kematian remaja berkenaan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS