Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas naib presiden Warisan umum tubuh parti baru

Bekas Naib Presiden Warisan Peter Anthony hari ini mengumumkan penubuhan parti baru iaitu Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang pendaftarannya diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 18 Feb lepas.

Peter mengumumkan perkara itu sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Kuala Lumpur.

"Mesyuarat pertama akan diadakan pada 13 Mac depan sekali gus melantik ahli jawatankuasa parti," katanya kepada pemberita.

Turut hadir Adun Limbahau Juil Nuatim yang juga Timbalan Presiden KDM.

Peter berkata langkah pertama parti itu ialah membuat permohonan untuk bergabung dengan Gabungan Rakyat Sabah yang kini menerajui kerajaan negeri.

"Sebagai parti kerdil, kita perlu bekerjasama dalam memajukan Sabah...sudah tiba masanya parti politik di Sabah bergabung agar kerajaan kita kuat seperti yang berlaku di Sarawak," katanya.

Peter dan Juil keluar Warisan pada 27 Dis tahun lepas kerana percaya perjuangan parti itu sudah tersasar dari landasan asal.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS