Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Permit untuk ceramah langkah ke belakang, berisiko berat sebelah'
Diterbitkan:  Feb 21, 2022 4:57 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Syarat untuk mendapat permit daripada polis bagi mengadakan ceramah adalah langkah ke belakang dalam aspek pilihan raya bebas dan adil, menurut Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

Teo berkata demikian ketika mengulas prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi PRN Johor.

Menyifatkannya sebagai sesuatu yang mengecewakan, Teo berkata birokrasi seperti itu adalah langkah ke belakang kerana permit tidak lagi sesuatu yang perlu.

Kata Teo, walaupun Akta Polis 1967 sebelum ini memerlukan penganjur mendapat kebenaran polis, ia tidak lagi dikuat kuasa.

“Seksyen 27 akta ini dipinda pada 2012. Maka penganjur tidak lagi perlu memohon kebenaran daripada polis. Mereka hanya perlu maklumkan masa dan tempat (ceramah diadakan) kepada polis,” katanya.

Peraturan sudah jelas

Teo berkata, sementara langkah berjaga-jaga penting untuk melindungi rakyat daripada Covid-19, syarat berkenaan permit polis tidak menyumbang ke arah itu.

“Ini terutama apabila SOP sudah jelas dari segi aktiviti dan kapasiti yang dibenarkan.

“Tambahan pula, ia memberi kuasa seluruhnya kepada polis untuk menahan polis jika dan bila mereka rasa sesuai,” katanya lagi.

Justeru, dia menggesa SPR untuk menilai semula SOP itu kerana ia juga tidak menjelaskan bilangan hari diperlukan untuk permit diluluskan dan akan menjejaskan proses demokrasi.

Dia juga mengingatkan syarat itu boleh menjurus kepada sikap berat sebelah, jika gabungan pemerintah mendapat lebih banyak permit ceramah berbanding pembangkang.

[Baca berita asal]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS