Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Exco Kelantan, isteri dirawat di ICU kerana Covid-19
Diterbitkan:  Feb 20, 2022 10:28 AM
Dikemaskini: 5:15 AM

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin disahkan positif Covid-19 dan dikatakan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Perkara itu dimaklumkan melalui satu kenyataan media oleh pejabatnya, malam tadi.

Menurut kenyataan itu anggota dewan undangan negeri (Adun) Kijang itu kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, Kelantan sejak Selasa lalu.

"Semoga Allah SWT memberi kesembuhan dan memudahkan urusan kita semua.

"Terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi kebaikan bersama," kata kenyataan itu.

Sebagai rekod jangkitan Covid-19 di Kelantan semalam mencatatkan 1,885 kes dengan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi Kelantan kini adalah 1.34.

Dalam kemas kini dibuat anak Dr Izani, wakil rakyat PAS itu sedang ditempatkan di ICU.

Turut dijangkiti Covid-19 ialah isteri ahli politik terbabit.

“Semoga Allah memberi kekuatan untuk ayah dan umi yang diuji dengan Covid-19. Sekarang (mereka) dirawat di ICU HRPZ II.. Sama-sama doakan kesihatan ayah (dan) umi,” katanya yang dikenali sebagai Shahid.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS