Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki serah diri lepas tetak leher ibu tiri hingga putus

Seorang lelaki tampil menyerah diri kepada polis dan mengaku membunuh ibu tirinya dalam kejadian di Kampung Dalam Senduk, Jerek di Gua Musang, di Kelantan petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.55 petang itu, mayat wanita berusia 54 tahun ditemui di ruang tamu rumah di lokasi kejadian dalam keadaan lehernya putus dengan kesan tetakan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek berusia 39 tahun yang juga pesakit mental selain penagih dadah itu tampil ke balai polis menyerah diri selepas kejadian.

Katanya, suspek hadir di Balai Polis Bertam memaklumkan sudah membunuh ibu tirinya di rumah menggunakan parang.

"Pemeriksaan di sebuah rumah di lokasi kejadian menemui seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah dengan leher putus akibat tetakan menggunakan parang.

"Suspek seorang penagih dadah selain pesakit mental dan kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk besah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kita masih menyiasat punca kejadian sama ada berlaku pergaduhan atau sebaliknya," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS