Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kempen kumpul dana bagi dua banduan hukuman mati di S'pura

Kumpulan hak asasi manusia Lawyers For Liberty (LFL) memulakan kutipan derma untuk mengumpul dana bagi dua banduan hukuman mati di Singapura, Pausi Jefridin dan Roslan Bakar.

“Mahkamah Tinggi Singapura telah membenarkan penangguhan pelaksanaan sementara bagi Pausi dan Roslan sementara menunggu pemfailan rayuan.

"Kos keselamatan SG$20k perlu disediakan sebelum 1.45 tengah hari,” kata kumpulan itu di Twitter sekitar 12.45 tengah hari tadi.

Ini pada mulanya memberi mereka kira-kira satu jam untuk mencapai sasaran mereka sebanyak SGD$20,000.

Bagaimanapun, penyelaras LFL Zaid Malek menjelaskan bahawa kutipan derma itu akan terus diadakan sepanjang tempoh kes yang sedang berjalan.

https://twitter.com/lawyers4liberty/status/1493817601105207300?s=21

Pausi adalah warganegara Malaysia, manakala Roslan adalah warga Singapura. Kedua-duanya disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura pada 2010.

LFL sebelum ini berkata Pausi hanya mempunyai IQ 67 yang sepatutnya dianggap sebagai kecacatan intelek, manakala Roslan juga mempunyai fungsi intelek yang rendah.

Ia berhujah bahawa mereka berada dalam perlindungan Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD), dan memandangkan Singapura adalah penandatangan CRPD, hukuman mati terhadap mereka harus dihentikan.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa mahkamah Singapura telah memutuskan bahawa walaupun tahap IQ mereka sedemikian, "Pausi dan Roslan telah menunjukkan kecekapan dan kefahaman tentang apa yang mereka lakukan apabila mereka menjalankan tindakan mengedar dadah".

Kedua-duanya sepatutnya dihukum mati hari ini. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Singapura membenarkan penangguhan sementara hukuman, sementara menunggu pemfailan rayuan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS